eh nongol
lagi nih pemirsa guenya
kali ini gue
ingin posting lagi dong ya
Dalam sebuah
hubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat
cuma jangan berlebihan.
Emosi marah
tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam
hubungan.
Mengikut
kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila
perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud
krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan
hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang
sebenarnya.
Kadangkala
masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan
berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai
diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan
sefahaman.
Memang benar
jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama
orang tersayang.
Tetapi
jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak
untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.
Satu lagi
perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu
tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan
melampaui batas.
Tidakkah
rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya
disebabkan cemburu pada pasangan?
Ramai yang
memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu
daripada terus menyelubungi hidup.
Terdapat dua
langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup
kita iaitu jujur dan setia.
Memang ada
perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan
pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus
terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.
Jika jujur
pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan
perhubungan itu hingga ke akhir hayat.
Kesetiaan
juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti
kita juga akan setia padanya.
Jika
sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi,
apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri
daripada berlaku curang pada pasangan.
Cinta terasa
indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa
pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.
Apapun,
jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit
panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus
mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:
* Jangan
sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa
jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu
si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika si
dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
* Andai anda
jujur, si dia akan setia kepada anda.
* Jangan
terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.
sekian
permirsa
memang sih
artikel kali ini sedikit nyontek dari blog lain :D
masak ujian
aja yang bisa
Tidak ada komentar:
Posting Komentar